Semalam (24 Ogos 2020) parlimen (atau
mungkin negara) telah digemparkan sekali lagi oleh Menteri Kewangan, Dato’ Sri
Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa sebanyak 101 projek
dengan nilai RM6.1 bilion telah diberikan tanpa rundingan terus! Ini salah satu
menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan suatu ketika dahulu tidak
mengamalkan rasuah ataupun unsur-unsur lain seperti kronisme dan nepotisme. Walaupun
Lim Guang Eng cuba menipu Dewan Rakyat bahawa parlimen sebenarnya perkara ini
dibawa ke parlimen dahulu, namun dakwaan ini berjaya disangkal oleh Azmin Ali
di parlimen.
Sekarang, rakyat tertunggu-tunggu dan
menantikan siapakah para penerima habuan projek bernilai RM6.1 bilion ini? Semoga
persoalan ini dapat dirungkai dalam masa terdekat oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment