Apa yang telah terjadi kepada Parti Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang? Boleh dikatakan Bersatu sekarang sudah dimakan dan dikunyah oleh Parti Umno sekarang – suatu parti yang pandai berpura-pura memainkan sentimen agama dan bangsa di waktu susah untuk mendapat kawan dan menendang kawan apabila telah senang. Agaknya inilah harganya yang perlu dibayar oleh Muhyiddin Yassin apabila meninggalkan rakan-rakan mereka dahulu seperti DAP, PKR, dan Dr. Mahathir sendiri untuk membina kerajaan sementera Pakatan Nasional (PN).
Memang benar dan bukan lagi rahsia lagi
apabila orang-orang Melayu berasa tertekan dan marah dengan sesetengah pemimpin
Dap yang berada dalam kerajaan persekutuan ketika PH memerintah. Namun, ini
bukanlah alasan bagi Bersatu untuk mengkhianati semangat setiakawan mereka
dengan DAP khususnya setelah berjaya menumbangkan BN pada PRU-14 yang lalu.
Manakala Dr. Mahathir yang merupakan bekas
Presiden Bersatu menubuhkan sebuah parti yang tiada hala tuju yang dikenali
sebagai Pejuang melainkan ingin menaikkan boboinya iaitu Mukhriz untuk meningkat
dalam arena politik Malaysia. Apa yang lebih mengeruhkan lagi keadaan ialah
Parti Pejuang ini dikenali sebagai ‘Parti Pejuwang’ oleh Najib yang sedang
kecewa disabitkan hukuman bersalah terhadap tuduhan rasuah sekarang.
Harga maruah orang-orang Bersatu ini
hanyalah boleh diboo di majlis keramaian orang ramai. Sewaktu majlis pelancaran
jentera BN ketika menghadapi PRK Slim River, wakil permuda Bersatu (Armada)
telah diboo apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu sekarang
berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS. Ditambah
lagi pula Zahid Hamidi mengingatkan Bersatu supaya mereka boleh menarik 6,000
undi untuk BN walaupun akhirnya BN sendiri memengani kerusi pada PRK kali ini.
Tembelang Umno sudah nampak sekarang
apabila parti cap rasuah ini ingin bertanding di semua kerusi yang pernah
ditandingi oleh BN yang telah berpaling tadah. Jika Umno ingin mengambil semula
mana-mana kerusi di mana ahlinya berpaling tadah, di kerusi manakah Bersatu
ingin bertanding? Adakah ini bertanding di kerusi jenama Ikea sahaja? Jika
tidak melakukan sesuatu dari sekarang, alamatnya Parti Bersatu akan terkubur
sahaja selepas PRU-15 nanti.
Memang benar dan bukan auta lagi apabila Tan
Sri Muhyiddin Yassin sekarang berada dalam penerimaan rakyat Malaysia lebih-lebih
lagi beliau berjaya menangani isu Covid-19 yang mengganggu kegiatan ekonomi
Malaysia. Cara beliau bercakap secara langsung di kaca televisyen ketika negara
dilanda krsisis Covid-19 berjaya menambat semua hati rakyat Malaysia tanpa
mengira agama dan bangsa.
Akan tetapi, adakah Perikatan Nasional akan
melantiknya semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 nanti? Sudah tentu perkara
ini tidak akan diizinkan oleh Umno kerana Umno sekarang mempunyai kerusi majoriti
dalam kerajaan persekutuan sekarang dan kerusi Umno ini dijangka akan terus
bertambah selepas PRU-15 selepas orang-orang Melayu sudah serik mengundi Parti
Durjana DAP.
Umno tetap Umno. Ia akan mencari kawan
ketika susah dan menendang kawan ketika senang. Mungkinkah Bersatu akan
ditendang oleh Umno selepas PRU-15 nanti?
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment