Saturday, September 4, 2021

Cinta Berganti Nyawa


Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. 

Namun, kehadiran Nash Dzulkarnain merubah segala-galanya. Ada saja lelaki itu di depan mata berlagak ‘superhero’ menyelamatkan dirinya daripada serangan demi serangan konco-konco Syed Amran. Yasmin jadi rimas menanggung hutang budi kerana dia tidak perlukan penyelamat walaupun dia hidup dalam ketakutan. 

Ah, kedegilan Yasmin tidak harus dibiarkan! Nash nekad, gadis itu perlu diselamatkan walaupun diri terkorban. Lagi degil lagi suka dia mendekati Yasmin. Parahnya, dia tidak dapat menafikan hatinya sudah terpaut. Dia akui ini kali pertama dia jatuh cinta! 

I love you, Yasmin. I am always here if you want to talk.”  - Nash

No! Saya tak cintakan awak. Tak pernah cintakan awak. Get a life, Nash!” – Yasmin

Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar… Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran… Adakah dendamnya terbalas?

Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Tajuk: Cinta Berganti Nyawa

Penulis: Hannaz

Penerbit: Karya Seni

Harga: RM27.00 (Tidak termasuk pos)

Bilangan Mukasurat: 541

Tahun Terbitan: Jun 2021

Berminat: WhatsApp 012-9520701 (Wan Kamarul)

Dheo's


Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? 

Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya. 

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han. 

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu. 

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?

Tajuk: Dheo’s

Penulis: Anjell

Penerbit: Karya Seni

Harga: RM28.00 (Tidak termasuk pos)

Bilangan Mukasurat: 653

Tahun Terbitan: 2018

Berminat: WhatsApp 012-9520701 (Wan Kamarul)

Kau Pergi Jua


Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua. 

Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog “Jiwa Esha” yang sekian lama diikutinya itu ialah si polos Zuleesha. Gadis itu benar-benar telah mengubah pandangan hidupnya ke arah yang lebih baik. 

“Saya mulai ada rasa sayang pada Lesha. Lesha berikan saya satu semangat baru. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Saya tahu buat masa sekarang ni hati Lesha tak mampu menerima mana-mana lelaki lagi. Lesha ingin fokus pada pelajaran. Percayalah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati saya pada Lesha.” – Akil Aiman

Tetapi, Akil hanya berdiam diri setelah menyambung master di Australia. Zuleesha khuatir bertepuk sebelah tangan, mungkin Akil sayang kepadanya tidak lebih sayang seorang abang terhadap adik. 

Jadi, keputusan diambil dan… “Abah, acik fikir kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat ni dan abah rasa orang tu sesuai, abah terima ajelah.” 

Qada dan qadar tertulis, mualaf Kevin Yeong@ Amirul, abang angkat Zuleesha meminangnya. Zuleesha dengan reda menerimanya dan berusaha untuk menyerahkan sepenuh hatinya terhadap Amirul. 

“Lengkapkan diri jadi isteri abang yang soleh, ya. Abang cintakan Zuleesha Izara ketat-ketat.”

“Saya tahu...” “Betul, Izara. Abang sangat, sangat, sangat sayangkan Izara.”

“Saya tahu.”

Atas kehebatan cintanya, Amirul telah berjaya memenangi hati Zuleesha. Kini memang dia akui dia cintakan Amirul walau saat terdengar nama Akil, jantungnya masih berdegup kencang. 

Suatu insiden tidak terduga berlaku pada hari perkahwinannya, Amirul kemalangan dan pergi dari hidup Zuleesha buat selama-lamanya. Kehilangan Amirul buat Zuleesha pasrah dan sendiri. 

Setelah dua tahun berlalu, muncul Akil dalam hidupnya membawa sebuah mesej cinta. Apakah setia Zuleesha masih pada Amirul saat cinta pertamanya kembali mengetuk hati?

Tajuk: Kau Pergi Jua

Penulis: Hessa Widad

Penerbit: Karya Seni

Harga: RM30.00 (Tidak termasuk pos)

Bilangan Mukasurat: 817

Tahun Terbitan: 2014

Berminat: WhatsApp 012-9520701 (Wan Kamarul)


Dia Tetap Sempurna

 


Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanya seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya. Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

 Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini musuh sebagai kekasih jadian.

After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” -Eskandar Arasyah 

Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kena Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna Dara.” – Eskandar Arasyah 

No body is perfect.” Dara Nailufar 

“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima”

Eskandar Arasyah 

But you are everything.” Dara Nailufar 

Bagi Daram tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

 Tajuk: Dia Tetap Sempurna

 Penulis: Anjell

 Penerbit: Karya Seni

 Harga: RM32.00 (Tidak termasuk pos)

 Tahun Terbitan: 2020

 Berminat: WhatsApp 012-9520701 (Wan Kamarul)

Stok Novel Terbaru Minggu Ini - 4 September 2021

 


Wednesday, August 25, 2021

Sehangat Asmara


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagian mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali. Sejak itu hingga menginjak Sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang dihatinya…

Penulis: Aisya Sofea

Terbitan: Alaf 21

Harga: RM19.90 (Tidak Termasuk pos (RM8))

Bilangan mukasurat: 548

Tahun Terbitan: 2003

Berminat: WhatsApp www.wasap.my/0129520701


Friday, September 11, 2020

Harga Membunuh Semangat Setiakawan

Apa yang telah terjadi kepada Parti Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang? Boleh dikatakan Bersatu sekarang sudah dimakan dan dikunyah oleh Parti Umno sekarang – suatu parti yang pandai berpura-pura memainkan sentimen agama dan bangsa di waktu susah untuk mendapat kawan dan menendang kawan apabila telah senang. Agaknya inilah harganya yang perlu dibayar oleh Muhyiddin Yassin apabila meninggalkan rakan-rakan mereka dahulu seperti DAP, PKR, dan Dr. Mahathir sendiri untuk membina kerajaan sementera Pakatan Nasional (PN).

Memang benar dan bukan lagi rahsia lagi apabila orang-orang Melayu berasa tertekan dan marah dengan sesetengah pemimpin Dap yang berada dalam kerajaan persekutuan ketika PH memerintah. Namun, ini bukanlah alasan bagi Bersatu untuk mengkhianati semangat setiakawan mereka dengan DAP khususnya setelah berjaya menumbangkan BN pada PRU-14 yang lalu.

Manakala Dr. Mahathir yang merupakan bekas Presiden Bersatu menubuhkan sebuah parti yang tiada hala tuju yang dikenali sebagai Pejuang melainkan ingin menaikkan boboinya iaitu Mukhriz untuk meningkat dalam arena politik Malaysia. Apa yang lebih mengeruhkan lagi keadaan ialah Parti Pejuang ini dikenali sebagai ‘Parti Pejuwang’ oleh Najib yang sedang kecewa disabitkan hukuman bersalah terhadap tuduhan rasuah sekarang.

Harga maruah orang-orang Bersatu ini hanyalah boleh diboo di majlis keramaian orang ramai. Sewaktu majlis pelancaran jentera BN ketika menghadapi PRK Slim River, wakil permuda Bersatu (Armada) telah diboo apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS. Ditambah lagi pula Zahid Hamidi mengingatkan Bersatu supaya mereka boleh menarik 6,000 undi untuk BN walaupun akhirnya BN sendiri memengani kerusi pada PRK kali ini.

Tembelang Umno sudah nampak sekarang apabila parti cap rasuah ini ingin bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi oleh BN yang telah berpaling tadah. Jika Umno ingin mengambil semula mana-mana kerusi di mana ahlinya berpaling tadah, di kerusi manakah Bersatu ingin bertanding? Adakah ini bertanding di kerusi jenama Ikea sahaja? Jika tidak melakukan sesuatu dari sekarang, alamatnya Parti Bersatu akan terkubur sahaja selepas PRU-15 nanti.

Memang benar dan bukan auta lagi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang berada dalam penerimaan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi beliau berjaya menangani isu Covid-19 yang mengganggu kegiatan ekonomi Malaysia. Cara beliau bercakap secara langsung di kaca televisyen ketika negara dilanda krsisis Covid-19 berjaya menambat semua hati rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Akan tetapi, adakah Perikatan Nasional akan melantiknya semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 nanti? Sudah tentu perkara ini tidak akan diizinkan oleh Umno kerana Umno sekarang mempunyai kerusi majoriti dalam kerajaan persekutuan sekarang dan kerusi Umno ini dijangka akan terus bertambah selepas PRU-15 selepas orang-orang Melayu sudah serik mengundi Parti Durjana DAP.

Umno tetap Umno. Ia akan mencari kawan ketika susah dan menendang kawan ketika senang. Mungkinkah Bersatu akan ditendang oleh Umno selepas PRU-15 nanti?

Wallhua’lam.